Sunday, December 22, 2013

PR random .

Bismillah ....
Menang bukan hadaf utama ...
yg utamanya nak naikkan orang yg betul2 kita percaya boleh buat kerja
boleh tolong uruskan hal ehwal kita semua.
dahsyat ! 1st time jadi jentera utk calon PR .
byk cerita suka dan duka .
aku nmpk byk ragam manusia ..
yg tak cukup dgn apa yg ada ...
dan aku ngaku , aku juga salah sorang drpdnye .
jgn smpai kita jadi taksub dgn seseorang tu .
org yg bertanding , mcm biasa2 je .
org yg mencucuk ..byk pula ragamnya .
kita ni hanya manusia yg taktahu apa2 .
hanya Tuhan yg tahu segalanya .
serahkan saja pd Dia .
InsyaAllah ...keputusan yg sudah keluar ini .
itulah...keputusan yg sebaiknya ...terima apa ada .
yg penting kita support mereka .
jgn hanya tahu menjatuhkan org saja .
jgn smpai kawan jadi lawan ,
sungguh bukan itu caranya .
minta maaf salah silap ...yg penting aku percaya
yg mereka semua adalah orang2 yg mampu punya !
be humble and people will respect you ...
jgn terlalu nmpk dunia , takut akhirat kita lupa .
utk aku , kau dan dia ..ayuh kita mara bersama ! ;)


Friday, December 20, 2013

2nd winter

Bismillah.......

Tak tergambar dengan kata-kata bila langit putih, turunkan ais.
Cantik, subhanallah.

Tahun kedua di Irbid. Irbid yang penuh debu bertukar menjadi putih yang menyenangkan mata.

Sungguh Allah kata, bagi setiap pendosa itu, ada harapan untuk kembali kepadaNya. Dari hati yang berdebu, kepada hati yang putih salju.

Jangan berhenti mengharap pada rahmat Allah!


c&p kak toba.

deep

Bismillah......

Kita kata kita beriman, tapi bila diuji.. kita merungut dan putus asa macam kita tiada Tuhan. 

Kita kata kita orang yang suka buat kebaikan, tapi bila buat baik.. rupanya kita jenis orang yang mahukan ganjaran dan ada kepentingan.

Kita kata kita mahu masuk syurga, tapi bila sampai bab memberi.. kita berkira macam kita akan selamanya kerugian. 

*deep words.
c&p QK . 

Saturday, December 7, 2013

aku mahu hati yg baru

''Hati aku ..aku je yg tahu .''
statement yg tak valid utk aku ketika ini .
Aku macam sedang rosakkan diri aku sendiri .
Aku biar je aku sakit .
Aku taktahu nak guna ubat ape .
Aku macam hilang ..
hilang dgn hati2 aku .
Aku nak hati yg baru .
please give it to me .
aku nak hati yg kuat .
hati yg tabah .
untuk meleleh tak tentu pasal ni bukan ime .
ime yg aku kenal . adalah ime yg kuat .
bukan ime yg ni .
AKU NAK HATI YG BARU .
itu je .

Saturday, November 23, 2013

#Random

Bismillahirrahmanirrahim .

Hati suatu elemen yg aku sendiri tak dapat faham apa mahunya .
kadang ia berhajat begini , kadang ia berhajat begitu .
Dan bila sudah dapat begini dan begitu , tidak pula ia mahu mensyukurinya .

Aku tak faham . atau Aku hanya mencari alasan utk tidak faham . mungkin .
Penat fikir fikir fikir . tanpa bertindak apa apa . itu apa ?
Duduk menerewang termenung jauh dgn fikir .
Fikir yg ntah apa apa .
Rosak .
Buangkan segala rasa yg rosak !
Jangan biar ia beraja dihati .
Kelak engkau juga yg rugi .

Dan kini detik ini , aku masih juga tak memahami .
Jangan paksa diri , perlahan-lahan cari .
Masih tak jumpa identiti diri .
Masih tak jumpa bagaimana utk memahami hati dan jiwa sendiri .
Aku seakan hilang . Biar hilang seketika .
Jangan hilang selamanya .

Monolog aku , biar aku seorang saja yg mendengarinya .
Kerana aku juga tak dapat memahami hati sendiri ,
ape lagi makhluk yg lainnya .
Tapi satu yg aku yakin dan pasti .
Tuhan tahu apa yg ada di dalam dan luarnya .
Siapa kita utk menghalangnya .
Dan aku syukur Allah itu ada .

Thursday, November 14, 2013

only

Bismillahirrahmanirrahim .

Lately banyak quote status orang lain di fb mahupun tweet .
sbb ape dorang cakap ni macam kene sangat dgn aku .
ayat deep je . deep tahap paling deep .
if you know what i mean and what my heart whispers .

''tak semua orang,
mampu jaga hati, dengan cara yang sama. aku pilih cara begini. kerna aku tahu, hati aku bagaimana.'' -quoted


Saturday, November 9, 2013

sentapan maghrib ~

"Orang yang malas@tidak buat kerja akan letih dengan kemalasan dengan tidur,main games,facebook dsb.Orang bekerja@beramal akan letih dengan kesungguhan berkhidmat,menabur bakti dsb."

Jadi,kedua-dua situasi tersebut mengalami keletihan.KELETIHAN mana satu yang kita 
pilih.? 
Letih kemalasan atau letih bekerja.

#muhasabah

c&p status senior irbid .

peace.

Bismillahirrahmanirrahim......

''It's not the goodbyes that hurt, it's the flashbacks and memories that follow.

Having to move on doesn't mean I forget everything. It just I sincerely has accepted what's happened and continue to live.

I just deserved to be better....''

p/s:Hati , moga kamu baik-baik saja .
tenang itu yg aku mahu .

Tuesday, October 1, 2013

mah.....

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah 6 tahun kami bersahabat , baru hari ini mah puji aku . first time kuttt rasanyalah.
tu pun belum tentu ikhlas . tapi aku tetap anggap yg mah , memang ikhlas . huhu


Tuesday, September 17, 2013

sad :'(

Bismillahirahmanirrahim .
Sepanjang cuti dalam sebulan lebih di malaysia ni , 
hari ini merupakan hari paling menyedihkan . 
bukan sebab lagi sehari dua masa yg bersisa utk meninggalkan bumi malaysia ini,
tapi sebab melihat runtuhnya akhlak remaja sekarang , 
buruknya akhlak anak2 sekarang . dan lagi sedih krn sy tak ada kekuatan utk buat apa-apa . sy tak mampu . dengan kawan2 sendiri pun dah tak kenal . tak cam lagi . atas kepala pun dah takde ape2 . tak pakai tudung tak menutup aurat . 
sedihnya , hanya Allah yg tahu . 
kecantikan yg ada bukan utk ditayang free2 sahaja . tidak sama sekali . tutuplah aurat wahai sahabat2ku . moga Allah ampunkan dosa awak2 dan dosa sy . tu satu cerita . habis .

cerita kedua pulak , sy ni dah lama sgt teringin nak makan nasi kandar , so ..ibu ayah pun bawaklah sy pi makan kat kedai makan yg ada nasi kandar tu . kedai makan tu penuh dgn student2 dan pekerja . sy pun carik tmpat utk duduk . ada 2,3 buah meja yg kosong . tapi serba tak kena nak duduk di situ . sekeliling penuh dgn asap rokok . yg sedihnya kali ni , perokok2 tu bukan lelaki je , perempuan pun ada, tanpa rasa segan silu hisap rokok dgn penuh bergaya . ohh terus potong mood dan selera nak pekena nasi kandar . makan dalam keadaan hati tak redha dgn suasana sekeliling . nasi kandar yg sedap pun jadi tak sedap . sy minta maaf sangat2 sbb tak tegur korang directly . sorry sbb sy tak kuat . sekarang sy nampak , apa yg sy perlu buat sebenarnya. ya Allah permudahkan jalan sy utk membantu diri sy dan sahabat2 yg sy sayang krn Allah . kalau sy tak sayang korang semua , sy takkan rasa sedih sampai tahap ini . 

Moga Allah buka hati kita utk jadi baik , berakhlak baik . 
dan moga Allah permudahkan kita melakukan suruhan-Nya . 
dan meninggalkan larangan-Nya . 

*sy tak rajin buat status panjang2 ..tapi sbb mood sedih sy , membuatkan status kali ini jadi panjang sedikit drpd biasa . moga kita semua dapat ambil pengajarannya .
sy bukanlah baik , tapi sy cuba utk jadi org yg baik juga .
salah silap sy , mohon dimaafkan ye .
Jom sama2 kita balik semula pd Allah .
jgn terpedaya dgn nikmat dunia yg sementara.

p/s: status updated di fb .

Thursday, September 12, 2013

ini penyakitku :3

Jatuh dan tergolek golek itu biasa .
manusia ada jatuh dan bangunnya.

Iman.
Iman manusia juga ade turun naiknya .
jika iman makin bertambah dan tiada turunnya ,
itu bukan manusia.
Itu malaikat namanya.

Aku pula mungkin sedang terumbang ambing kondisinya.
Hidup dalam keadaan selesa buat aku lupa dan alpa .
Tugas sebagai abid khalifah itu selamanya ,
bukan utk dalam beberapa minit cuma .

Ubat bagi lupa itu adalah diingatkan semula.
buat aku yg terumbang ambing kondisinya,
mohon ada yg sudi mengingatkan semula .


terlalu selesa --> lupa

Ada orang tanya, '' Dah charge power dah ke ?''
dan dia pesan juga '' charge sampai full ea''.

saya tersentak. dan terfikir , balik malaysia utk charge sebenarnya.
bukan hidup dalam selesa tak buat apa-apa .

Terima kasih Allah . 
sbb hantar seseorang utk mengingatkan saya semula.

Thursday, June 13, 2013

4th june di irbid.

                                                                ......السلام عليكم

Hmm..bila hati bergelumang dgn dosa , hidup pun rasa kosong . mcm hina je .
Astaghfirullah ..cepat2 istighfar . kembali pada Allah .
walau sejahat ape pun kita , selagi pintu taubat masih terbuka . insyaAllah dgn yakin dan pastinya Allah akan menerima taubat hambanya . kerana apa ? kerana Allah , Allah Yang Maha Pengampun .
Taubat jangan ditangguh2 . taubat perlu segera ! kene setiap masa.
dan taubat perlu dgn taubat yg semurni-murninya . Taubat nasuha !
taubat yang sebenar-benarnya . terima kasih cinta sayang buat Allah ya Rabbul Izzati .
walaupun kita ini orang yang berdosa, masih ada juga kasih dan cinta-Nya buat kita . Allahu Allah .

Semakin bertambah angka usia , makin berkurang angka kita utk hidup didunia yang fana dan penuh tipu daya ini . dibawah sedar atau tidak sebenarnya ..kita yang sedikit sebanyak yang membiarkan hidup kita ni ditipu ! dibiar diri ini diulit mimpi yang tak pasti . dan perkara yang pasti pula , kita letak tepi . sebelah mata pun belum tentu kita cuba utk memandangnya . ohh dosanya diriku ini .
Allah dah guide kita dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul tu sebagai penerang kegelapan .
tapi kita ?? masih sia-siakan dua perkara yang besar ini .

ya Allah ..
dengan umurku yang baru ini . Aku juga , ingin jadi seorang aimi yang baru .
bukan umur sahaja yang meningkat dewasa . tapi biarlah diri juga meningkat kearah kebaikan keseluruhannya. Walaupun payah , aku tetap kene cuba ! ya Allah bantulah aku . permudahkan segala urusanku didunia dan diakhirat. tunjukkan aku jalan . jalan yang menuju Redha-Mu.

                                                                      ********

Ini ada cket gambar-gambar yang ime nak share kat blog ni ..
gambar kenangan 4 jun di irbid .
terima kasih kepada insan2 yang masih menyayangi diriku ini .....huhu
moga Allah permudahkan urusan korang juga .
dan pertemukan kita semua di jannah-Nya. Aamiin  :)

1st day celebrate :-
kek yang sedap dap dap ^_^
mekaseh korang prank aku ...haha
soriii lupa nak buat muka terkejuttt  :P



bestttttt !!!


muka solehah je ^_^
2nd day celebrate. mah belanja pizza corner !!! woot woot :P

ayunyewwww :P

bashtaaa !!

3 jenis pizza ...sedap bangetttt. alhamdulillah .



licin kuttttt ;)

arifah-mah-ain

gedikkkksssss :P

                                                           THE END






















Friday, May 17, 2013

loser T_T

Bismillah...

GO IME ! GO !
Semalam aku menangis kerana buruknya hari kelmarin.
Hari ini aku menangis kerana buruknya hari semalam.
Aku ini selalu hidup dalam kerugian.
Bahkan aku merasakan ianya sudah sampai tahap celaka.
Oh jiwa dah ruhku !
Apakah masih tidak sedar lagi bahawa setiap
manusia memiliki waktu yang cukup 24 jam yang sama?
Cuma keberkatan yang ada padanya berbeza-beza.
Carilah 'keberkatan' yang tersembunyi itu!
Rungkaikan ! Bongkarkan !
Bukan penuhi waktu itu dengan ketiduran.
Kerana tempat istirehat bagi orang mukmin
itu hanya di sana, SYURGA !
Bangun ! Bangkit !
Nihaie masih berbaki .
JOM UBAH !!


Friday, May 10, 2013

UKHWAH

                                                                            .....السلام عليكم

Bismillahirrahmanirrahim .
UKHUWAH .
Apa tu ? kadang2 ime sendiri pun macam taktahu apa maksud perkataan 'ukhuwah' tu .
keliru . kadang2 rasa kita ni dah berukhuwah dgn someone or somebody tu tapi bila kita ada tak puas hati or terasa hati dgn die sikit je tapi kita dah tak boleh nak berlapang dada ,
nak terima apa yg die dah buat kat kite .
padahal berlapang dada ni adalah martabat or peringkat ukhuwah paling rendah ..dan setinggi2 ukhuwah adalah apabila kita dapat ithar(melebihkan org lain drpd diri kita sndiri) .
bagi ime utk jaga ukhuwah ni bukan benda yg mudah kalau kita tak faham dan dah set dalam minda yg kita yg kita ni dah takboleh nak terima someone tadi tu .

for example lah kan , macam relationship between ahli rumah. manusia ni bukan semuanya perangai sama.
ada macam2 jenis . ada yang caring tapi panas baran . ada yg baik tapi kurang common sense . ada yg pemalas tapi baik . ada yg macam tak ambil tahu pasal org lain tapi dlm diam2 , dia sebenarnya ambil tahu dan ambil berat pasal kita bukan setakat ni je ..macam2 lagi laa jenis orang .
yang penting kita kene berlapang dada tu dulu , tu bagi ime yg paling utama . macam mana pun kita tak suka kat die , tapi kita tetap kene berlapang dada . jangan tengok pada keburukan dan kekurangan yg ada pada diri dia tu . kadang2 kita sibuk sgt hidup dalam mengkritik dan men-judge orang . sibuk nak tidak suka pada orang lain ..tapi kita kene check balik diri kita ni . muhasabah ...yg kita ni dok sibuk tak suka or benci kat orang . orang pulak suka sangat ke dgn kita? cuba check balik .

kadang2 disebabkan kita tak jaga hubungan dgn Allah , sebab tu kita tak dapat nak jaga hubungan dgn manusia . hati kita ni kotor . takda cahaya . pandang orang semua tak kene . rasa kita besar kepala . ego .
rasa kita je yg betul , orang sekelililng kita semua salah . cakap kita , semua orang kene terima , cakap orang lain , ada kita terima ? ini salah . kita kene islah and koreksi balik diri ni . ingat dunia ni bukan dicipta utk kita seorang .dunia ini tempat berkongsi + memberi + menerima . kalau dunia ni kita seorang je yang punya , ada baiknya Allah cipta kita seorang je kat dunia ni . takpayah nak ada makhluk lain yg hidup dan mendiami bumi ni bersama2 dgn kita . kita kene raikan kepelbagaian . Allah jadikan kita berlainan utk kita saling berkenal-kenalan . [ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(13) ]
(49:10-13) . 

Tuesday, April 30, 2013

jangan jauh ~

                                                                              ....السلام عليكم

Bismillahirrahmanirrahim....

Hati ini terlalu kotor
terlalu banyak titik-titik hitam
rasa nak hapuskan...
dan kita pun taubat ,
lalu diulang kembali dosa itu
taubat dan minta keampunan kembali
lama rasa tak buat dosa
rasa diri sudah baik
sudah lakukan banyak amalan
sudah rasa diri bagus
sudah solehah, tapi kita silap.
Amal kebaikan itu bukan hanya dilakukan
bila kita rasa kita sudah bagus sahaja ,
lalu ditinggalkan ia .
Kita silap besar !
Jangan kita ini , jauh dari Allah atas sebab kita dah rasa kita baik itu .
Untuk melakukan amal kebaikan
dan mengejar mardotillah itu bukan hanya bila kita sudah rasa diri baik ,
kemudian sudah selesai segalanya.
tapi apabila dia berjaya mati dalam keadaan baik dan
sempat mengucapkan syahadah .
dan pada masa itulah ..
baru benar masa rehat kita untuk selamanya ~

ustaz zaharuddin abd. rahman pesan :

Tatkala kamu dukacita, letih, kecewa, rasa gagal, insaf, merasa berdosa, bermuhasabah diri, INGATLAH ayat ini dan menangislah kepada Allah..Dia TIDAK LUPAKAN dirimu selagi kita tidak melupakanNya.


مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى 
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu, 
Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. 
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas lagi redha ( Ad-Duha : 3-5 )

Sunday, April 28, 2013

hilang kempunan.

Erti hidup pada memberi. Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah.


Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan manusia.

Tak semua orang dapat memuaskan hati kita , dan kita juga tak semestinya dapat memuaskan hati semua orang . 

Orang kata kalau kita ada terasa hati atau tak suka seseorang tu atau tak dapat nak berlapang dada dgn dia , tu maksudnya ada juga orang yg rasa benda yg sama dekat diri kita .

insyaAllah ..jom koreksi diri . jadi baik dan lebih baik . 

terima kasih Aqilah Ahmad .
terima kasih sbb dah layan kerenah ana yg manyak cengkadak ni ...
terima kasih sbb selalu ada bila aku perlukan kau ~
terharu ~ <3
nasi ambeng kita ^^,

Sunday, April 21, 2013

curik status pres .

                                                                        ....السلام عليكم

musim exam~

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"

Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"

"Belajar sungguh-sungguh!"

"Jaga hati!"

"Pakai topi keledar!''

Maka kata si guru,

"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.


credit to : pres EXITO 12/13

Saturday, April 13, 2013

zero ~

....السلام عليكم
Aku perlukan penawar . 
Disaat aku rasa sakit dan terjatuh ,
Aku perlukan seseorang utk membangunkan aku kembali .
Hati aku ini , hati yang berpenyakit .
Ada saja yang tak kena .
Kerana aku ini banyak dosa .Ya memang benar !
Dan aku juga perlukan seseorang 
yang selalu ada utk dijadikan sumber kekuatan 
Sebenarnya aku tau dia ada tapi
cuma aku yang LUPA .
Kerana dia adalah Dia yang tak pernah tinggalkan
aku walau sedetik pun .
Kerana aku pendosa moga harapan itu selalu ada .
Dakaplah aku , bimbinglah aku 
Agar aku juga bisa menjejakkan kaki ke syurga-Nya.

#Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku ,
maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat . Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku , maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(2:186)






Wednesday, April 10, 2013

Al Fatih kpd Daie

                                                                  ....السلام عليكم

FATIH SULTAN MEHMED




''peranan murabbi sgt besar dlm menjadikan org yang dididiknya berdiri teguh dalammedan 
dakwah dan tarbiyyah. sblm nk dakwah, kne lalui tarbiyyah dulu..dan dalam masa yg sama 
dakwah itu berjalan seiring dgn tarbiyyah. kalau tak silap, salah satu faktor keberkesanan
 tarbiyyah adalah murabbi mithali. Murabbi ni tahu sgalanya ttg anak didik dia..dr kelebihan smpi 
lah kelemahan anak didik dia. Tgk td, mcm mana cara syeikh Aq syamsuddin tegur al-fateh. 
mcm mne cara dia bangkitkan smula semangat al-fateh yg down wktu tu.
dan yg paling terkesan ttg peranan murabbi tu..sape sempat baca yg last2 tu. yg al-fateh 
tersinggung sbb syeikh aq shamsuddin 
tak bangun hormat dia atas sbb al-fateh da dpt kemenangan besar. pastu syeikh shmsuddin
 siap kata lg (klu x silap) "walaupun 
hari ini engkau telah berjaya mendpt kemenangan yg besar, biar lah aku terus mengingatkan 
kamu yg kmu ini masih hanya 
hamba Allah swt." betapa sungguh nye murabbi tu nak jaga iman anak didik dia..
wallahu a`alam'' -kak fatimah hanisah mohd arba'ai



''antara part yg paling menarik ialah part yg bagaimana kita merespon dgn takdir yg Allah dah
 tentukan utk kita . sebagai cnth ,apabila kita gagal dlm imtihan dan selepas dari gagal itu apa
 cara kita nk merespon balik dgn takdir tu , pertama sekali kite kene yakinkan diri yg  selepas ni
 kite takkan biarkan kegagalan tu menyapa kita kembali dan yakin yg Allah dah rancang sesuatu
 yg jauh lebih baik lagi utk kita . mula2 Allah saja nak beri peringatan kat kita yg belajar itu bukan 
mudah . belajar tu bukan namanya belajar tanpa penat lelah . samalah juga dgn dakwah , ramai 
pendakwah yg menemui pelbagai kegagalan dlm jalan dakwahnya , bukan lahir2 terus jadi org 
hebat . sbb apa dia boleh bangun balik slps gagal ? sbb dia tahu bagaimana nak merespon balik 
apa yg Allah dah takdirkan utk dia dgn respon yg sgt baik dan tak bersangka buruk pada Allah. 
sekian pendapat 1 qursh dari saya .wallahu a'lam'' -ime



*kat atas ni adalah antara respon dan ibrah yg menarik yg kita boleh ambil drpd kisah kehebatan

  kepemimpinan SULTAN MUHAMAD AL-FATIH .

*moga kita sama2 boleh ambil atau kaut hammasah Al-fatih dalam melakukan perobahan hidup !

ALLAHUAKBAR !




Monday, April 1, 2013

my Hero


                                                                         ....السلام عليكم




Ayah , my hero ever after <3

1 April . Ayah , selamat ulangtahun kelahiran . Bila dah jauh kat negara orang ni , aimi rasa hati aimi lagi dekat dgn family . Walaupun jauh , satu family kita tetap ada dalam hati aimi dan ada dlm setiap doa2 aimi . Terima kasih ayah dan ibu sebab dah hantar aimi belajar jauh2 walaupun aimi sebenarnya dah dapat tempat di universiti tempatan tapi ibu ayah hantar jugak aimi belajar kat Jordan ni sebab ibu kata orang yang belajar luar negara ni ilmu dan pengalaman yg dia dapat tu tak sama dgn orang yg belajar kat dalam negara . Aimi harap aimi dapat tunaikan hajat ibu ayah yg nak anak2 cemerlang dalam bidang agama . Maafkan semua dosa2 aimi selama ni tau ayah . doakan aimi jadi anak solehah dan anak yg boleh jadi aset utk ibu ayah di akhirat nanti . Terima kasih utk segala2nya . You are my Hero, Ayah . Salam sayang dan rindu dari anakmu yg berada jauh di Jordan ni , Aimi Syazana Bt. Amir Hassan 

#syahdu la pulak rasa . nangis ! :')

Rabbirhamhuma kama rabbayani soghira (Israa : 24)
''Ya rabbi anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hambaMu yang soleh'' 


(AnNaml : 19)


Wednesday, March 13, 2013

ouchhh ...

                                                                     ......السلام عليكم

stay strong :] 
Bila rasa lemah menghadapi dugaan, cuba check semula hubungan kita dengan Tuhan.

Solat jaga?
Al-Quran baca?
Selama ini banyak buat baik atau banyak tambah dosa?

Kalau jauh dari Tuhan,
maka jangan ditanya mengapa bila diduga,
diri asyik berada dalam kelemahan.


#credit to : bro Hilal Asyraf
*tercampak ana dgn ayat ni .
tepat kena didahi . hah ! padan muka anda ime !
berubahlah ! berubah jadi baik dan lebih baik is not a CRIME ;)


Saturday, March 2, 2013

Dia ada untuk aku

                                                                   ...السلام عليكم    


Hari ini ime rasa sangat terharu . rasa nak nangis laju2 pun ada T_T
Sungguh hari ini ime dapat rasa kasih sayang Allah tu berganda2 ..sayaaaaaaaaaanngggg sgt3 kat Allah !
Allah ja yang tak penah kecewakan ime . Allah ja yg tak pernah tinggalkan ime waktu ime susah dan senang.
Cuma tinggal ime je ...yg selalu kecewakan Allah . sungguh ...tak patut !
malam semalam ime dah buat satu dosa ..tapi Allah tetapkan tunaikan permintaan ime .
sebelum tidur malam tadi ..ime tepuk2 lengan sambil berkata' ya Allah ..tolong kejutkan aku, aku dah lama tak bangun menghadapMu diwaktu malam. tolong aku ya Allah . aku rindukan-Mu !' dan akhirnya sambil berselawat ..lalu ime tertidur . sebelum tidur ime dah kunci jam nfon kul 4 ...

Pada jam 3.54 pagi ime terjaga . masa itu juga ime baca doa bangun tidur dan tanpa berfikir utk tidur balik dan mensia2kan nikmat yg Allah beri ini , ime bangun ...dan kejutkan kawan ime ..die pesan soh kejutkan dia kul 4 sebab pagi ni kami ada exam markaz hafsah (kelas ngaji al-quran) pada jam 8 pagi . dan kami belum habis study ..belek2 buku lagi ...sebab tu kami rasa nak bangun awal . dan tambahan ime sgt rindu kat Allah.
kenapa tak terjaga kul 4 ? kenapa 3.54 ? ime tertanya2 . dan pertanyaan itu, ime dapat rasakan yg Allah nak tunjukkan yg sebenarnya Dia-lah yg berkuasa membangunkan dan mematikan manusia . tidur pun ..mati jgk tau ..mati kecil . pagi itu ime tenang je walaupun banyak lagi yg tak habis baca balik tapi dah ulang kaji sikit2  hari sebelum2nya ^^ . kawan ime tu tanya ..'kau ni nape ye , tenang je ? aku cuak ni ' . ime balas 'kau jgn tiru aku ni . aku mmg tak suka serabut2 . tapi masa dah dapat kertas pekse nanti aku pening lah ' dan ternyata, apa yg ime kata itulah yg terjadi . tapi pening2 nak jawab ..nak goreng jawapan pun ..ime still rasa tenang .

Sebab apa ? sebab ime ada Allah yg selalu ada utk tenangkan ime ?
biar apa pun keputusan yg bakal diterima nanti, ime tetap bersyukur dan berpuas hati . sebab ime rasa Allah itu dekat dgn ime . Alhamdulillah ~
  
cinta sayang Allah sentiasa . tak kan pernah terhenti ! <3