Friday, May 17, 2013

loser T_T

Bismillah...

GO IME ! GO !
Semalam aku menangis kerana buruknya hari kelmarin.
Hari ini aku menangis kerana buruknya hari semalam.
Aku ini selalu hidup dalam kerugian.
Bahkan aku merasakan ianya sudah sampai tahap celaka.
Oh jiwa dah ruhku !
Apakah masih tidak sedar lagi bahawa setiap
manusia memiliki waktu yang cukup 24 jam yang sama?
Cuma keberkatan yang ada padanya berbeza-beza.
Carilah 'keberkatan' yang tersembunyi itu!
Rungkaikan ! Bongkarkan !
Bukan penuhi waktu itu dengan ketiduran.
Kerana tempat istirehat bagi orang mukmin
itu hanya di sana, SYURGA !
Bangun ! Bangkit !
Nihaie masih berbaki .
JOM UBAH !!


Friday, May 10, 2013

UKHWAH

                                                                            .....السلام عليكم

Bismillahirrahmanirrahim .
UKHUWAH .
Apa tu ? kadang2 ime sendiri pun macam taktahu apa maksud perkataan 'ukhuwah' tu .
keliru . kadang2 rasa kita ni dah berukhuwah dgn someone or somebody tu tapi bila kita ada tak puas hati or terasa hati dgn die sikit je tapi kita dah tak boleh nak berlapang dada ,
nak terima apa yg die dah buat kat kite .
padahal berlapang dada ni adalah martabat or peringkat ukhuwah paling rendah ..dan setinggi2 ukhuwah adalah apabila kita dapat ithar(melebihkan org lain drpd diri kita sndiri) .
bagi ime utk jaga ukhuwah ni bukan benda yg mudah kalau kita tak faham dan dah set dalam minda yg kita yg kita ni dah takboleh nak terima someone tadi tu .

for example lah kan , macam relationship between ahli rumah. manusia ni bukan semuanya perangai sama.
ada macam2 jenis . ada yang caring tapi panas baran . ada yg baik tapi kurang common sense . ada yg pemalas tapi baik . ada yg macam tak ambil tahu pasal org lain tapi dlm diam2 , dia sebenarnya ambil tahu dan ambil berat pasal kita bukan setakat ni je ..macam2 lagi laa jenis orang .
yang penting kita kene berlapang dada tu dulu , tu bagi ime yg paling utama . macam mana pun kita tak suka kat die , tapi kita tetap kene berlapang dada . jangan tengok pada keburukan dan kekurangan yg ada pada diri dia tu . kadang2 kita sibuk sgt hidup dalam mengkritik dan men-judge orang . sibuk nak tidak suka pada orang lain ..tapi kita kene check balik diri kita ni . muhasabah ...yg kita ni dok sibuk tak suka or benci kat orang . orang pulak suka sangat ke dgn kita? cuba check balik .

kadang2 disebabkan kita tak jaga hubungan dgn Allah , sebab tu kita tak dapat nak jaga hubungan dgn manusia . hati kita ni kotor . takda cahaya . pandang orang semua tak kene . rasa kita besar kepala . ego .
rasa kita je yg betul , orang sekelililng kita semua salah . cakap kita , semua orang kene terima , cakap orang lain , ada kita terima ? ini salah . kita kene islah and koreksi balik diri ni . ingat dunia ni bukan dicipta utk kita seorang .dunia ini tempat berkongsi + memberi + menerima . kalau dunia ni kita seorang je yang punya , ada baiknya Allah cipta kita seorang je kat dunia ni . takpayah nak ada makhluk lain yg hidup dan mendiami bumi ni bersama2 dgn kita . kita kene raikan kepelbagaian . Allah jadikan kita berlainan utk kita saling berkenal-kenalan . [ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(13) ]
(49:10-13) .