Bismillahirrahmanirrahim .
Hati suatu elemen yg aku sendiri tak dapat faham apa mahunya .
kadang ia berhajat begini , kadang ia berhajat begitu .
Dan bila sudah dapat begini dan begitu , tidak pula ia mahu mensyukurinya .
Aku tak faham . atau Aku hanya mencari alasan utk tidak faham . mungkin .
Penat fikir fikir fikir . tanpa bertindak apa apa . itu apa ?
Duduk menerewang termenung jauh dgn fikir .
Fikir yg ntah apa apa .
Rosak .
Buangkan segala rasa yg rosak !
Jangan biar ia beraja dihati .
Kelak engkau juga yg rugi .
Dan kini detik ini , aku masih juga tak memahami .
Jangan paksa diri , perlahan-lahan cari .
Masih tak jumpa identiti diri .
Masih tak jumpa bagaimana utk memahami hati dan jiwa sendiri .
Aku seakan hilang . Biar hilang seketika .
Jangan hilang selamanya .
Monolog aku , biar aku seorang saja yg mendengarinya .
Kerana aku juga tak dapat memahami hati sendiri ,
ape lagi makhluk yg lainnya .
Tapi satu yg aku yakin dan pasti .
Tuhan tahu apa yg ada di dalam dan luarnya .
Siapa kita utk menghalangnya .
Dan aku syukur Allah itu ada .
No comments:
Post a Comment