Monday, July 14, 2014

#diaryRamadhan3

Bismilahirrahmanirrahim ...

Hari ini hari yang sangat hening aku rasa dalam bulan Ramadhan kali ini .
Hari ini keluarga besar kami menerima berita sedih , salah seorang sepupu kami 
meninggal dunia setelah koma 3 hari akibat dari kemalangan antara kereta dan motor yg teruk . Anip , umur baru 17 tahun . sebaya dengan aiman,adek aku . dan mat udin sepupu lagi sorang . calon SPM tahun ini.

Hilang sudah salah seorang ahli keluarga besar kami . pergi menghadap Ilahi . 
Aku serba sedikit terasa dengan kehilangan ini . Tapi redha dengan ketentuan Allah . Yakin bahawa setiap yg bernyawa itu pasti akan merasai kematian . Tak kira umur ..tak kira ada menghidapi penyakit serius atau tak .

Umur masing2 dah ditetapkan oleh Allah dari luh mahfuz lagi . Kita taktahu bila Allah nak tarik nyawa kita . Sebab itu dari awal lagi dah kena prepare untuk kembali pada-Nya .
Dan kematian adalah peringatan yg paling membuatkan kita semua terkesan . 
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu . Tenang lah dikau disana . 
Tunggu kami pula menyusul selepas ini . Moga kita semua dapat berjumpa semula disyurga Allah yg tertinggi.

Dan Ramadhan kali ini bukan setakat sedih dengan kehilangan family terdekat je ,
tapi ada yg lebih menyedihkan dan menyentuh hati , peperangan yang berlaku di negara sekeliling tempat yg aku bermukim sekarang ini . Syria , Palestine , Iraq , Mesir . Moga Allah pelihara mereka semua . dan terima jihad mereka . Kita usaha mana yg termampu . Sentiasa doakan kesejahteraan mereka .Boikot produk Israel. Doakan kejatuhan zionis laknatullah yg kejam tak berhati perut . Ingat Allah sentiasa ada . Musuh-musuh Allah takkan terlepas.

#pray4GazaSyria.... Allah ma3akum .


No comments:

Post a Comment