Hmm.Nak minta izin cerita pasal kahwin boleh tak ?
Bunyi macam tak sesuai kan utk seorang ime nak cerita pasal kahwin kann ?
haha . Not lah . Ini cerita pasal orang lain . Not me.
Tadi tengok satu telemovie or cerekarama something like that lah kan ,
cerita pasal dia bercinta dengan sorang perempuan ni masa zaman universiti
tapi alih alih kahwin dengan orang lain pula . Dua2 . Si Pakwe kahwin dgn orang lain .
Makwe dia pun kahwin dengan orang lain . Nampak tak macam ada kepincangan disitu .
Bercinta dengan orang lain , kahwin dengan orang lain . Hmm nampak tak indah lah cerita camni .Macam tak happy ending gituuu . Tapi ini lah kebanyakan yang terjadi dalam realiti dunia sekarang.
Seriously dulu aku tak faham pasal benda benda camni . Tak nampak apa kaitan tak boleh
nak bercintan cintun before kahwin , and now ... aku dah faham . inshaAllah .
Moga aku tetap dengan kefahaman aku nii . Sebab hati manusia ni berbolak balik ,
kene banyak banyaklah doa pada Allah . Dia yang pegang hati kita .
Telemovie tadi tu kann tau tak ending yang tak indah dia tu macam mana ?
Buatkann aku rasa geram dengan orang lelaki nii pun ada jugaklah .Nak tahu dia kata apa ? ex-makwe dia yg berstatus bini orang tu tanya ,"siapa saya dihati awak?''
Pastu dia jawab "Awak adalah anugerah terindah dalam hidup saya" .
Rasa nak cecubit je mamat niii . Bini dia tu apa lah agaknya kann . Sebab dah cinta orang lain dulu.Sebab tu lah jadi camni kut . End up dorang tak bersama balik pun akhir sekali tapi lelaki tu kata,"kita akan bersama di syurga nanti" . Kalau aku lah jadi bini dia tu memang aku dah panas dah dengan laki niii tapi bini dia taktahu pun cerita pasal bebudak 2 orang nii . Luluh gila hati bila suami sendiri nak bersama dengan orang lain bila kat syurga nanti . Faham tak ? Haha . Bunyik macam aku pulak yg frust lelebih kann . Tapi serious kut . Hmmm
So, ameklah pengajaran ye ...
Bercinta sebelum kahwin ni buatkan kita membanding-bandingkan antara pasangan kita yg sekarang dengan 'pasangan' kita yang dulu kita berjanji setia nak kahwin tapi akhirnya tak kahwin tu .To me perkahwinan is about kita nak hidup dengan dia sampai syurga , bukan setakat sampai mati je .sebab tu kena terima seadanyalah . Tapi faham ja bila dalam situasi sebenar kita akan jadi macam lain. Nak nak lagi bila pasangan kita tu bukanlah pilihan hati kita . cewahhh . Sebab tulah perlu adanya proses taaruf dan istikharah sebelum mendirikan baitmuslim tuu . haha .
Tolong faham ini bukan post sebab aku dah nak kahwin or so what ever .. seriously bukan. Ni just sebab aku terlalu emosi dengan cerita tadi kut . Haha.
Rasa macam taknak publish pun ada jugak . Tapi takpelah anggap jelah yang post benda ni bukanlah insan yang bernama aimi . Anggap jelah yang blog aimi telah di-hack oleh alien. kbaiiiii :p
Macam mengarut je post ni kan tapi harapnya bermanfaatlah jugak . Harapnyalah .
No comments:
Post a Comment