Sunday, June 29, 2014

#diaryRamadhan1



Bismillah.....
Ramadhan Kareem . 1 Ramadhan 1435h
Baru perasan dengan penuh perasaan pada malam terawikh pertama ni ,
yg sebenarnya antara dosa dosa atau perangai buruk yg kita terbuat atau sengaja buat ni
adalah datang dari diri kita sendiri . dari nafsu atau syahwat diri sendiri .
Bukan datang dari godaan syaitan semata mata . Allah .....

selama ni dok salah kan syaitan semata padahal diri sendiri yg buat maksiat tanpa
ada hasutan atau godaan dari sesiapapun . Astaghfirullah .
Patut lah syaitan tak risau bila dorang semua dibelenggu selama sebulan ini , sebab dorang
tahu yg manusia tak perlu dorang untuk terus lalai . Astaghfirullah ....

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai medium untuk kembali pada Allah dengan sebenar benar pengembalian.
Sedar diri yg kita ini hanya hamba . Menangis aku bila dengar dan mengaminkan bacaan qunut syeikh makmun tadi. Terasa betapa mengharapnya aku , Allah terima doa2 dalam qunut tu .

nak pinjam tagline akram'14 jap lah . " fastakim kama umirt" .
moga moga kita bertaqwa sebelum , semasa , selepas dan selamanya . Amiin

esok nak bangun sahur ...tido huiiiii !
Salam Ramadhan Mubarak ! :D

Friday, June 6, 2014

#serius random

Bismillah ....

Hmm.Nak minta izin cerita pasal kahwin boleh tak ?
Bunyi macam tak sesuai kan utk seorang ime nak cerita pasal kahwin kann ?
haha . Not lah . Ini cerita pasal orang lain . Not me.

Tadi tengok satu telemovie or cerekarama something like that lah kan ,
cerita pasal dia bercinta dengan sorang perempuan ni masa zaman universiti
tapi alih alih kahwin dengan orang lain pula . Dua2 . Si Pakwe kahwin dgn orang lain .
Makwe dia pun kahwin dengan orang lain . Nampak tak macam ada kepincangan disitu .
Bercinta dengan orang lain , kahwin dengan orang lain . Hmm nampak tak indah lah cerita camni .Macam tak happy ending gituuu . Tapi ini lah kebanyakan yang terjadi dalam realiti dunia sekarang.

Seriously dulu aku tak faham pasal benda benda camni . Tak nampak apa kaitan tak boleh
nak bercintan cintun before kahwin , and now ... aku dah faham . inshaAllah .
Moga aku tetap dengan kefahaman aku nii . Sebab hati manusia ni berbolak balik ,
kene banyak banyaklah doa pada Allah . Dia yang pegang hati kita .

Telemovie tadi tu kann tau tak ending yang tak indah dia tu macam mana ?
Buatkann aku rasa geram dengan orang lelaki nii pun ada jugaklah .Nak tahu dia kata apa ? ex-makwe dia yg berstatus bini orang tu tanya ,"siapa saya dihati awak?''
Pastu dia jawab "Awak adalah anugerah terindah dalam hidup saya" .
Rasa nak cecubit je mamat niii . Bini dia tu apa lah agaknya kann . Sebab dah cinta orang lain dulu.Sebab tu lah jadi camni kut . End up dorang tak bersama balik pun akhir sekali tapi lelaki tu kata,"kita akan bersama di syurga nanti" . Kalau aku lah jadi bini dia tu memang aku dah panas dah dengan laki niii tapi bini dia taktahu pun cerita pasal bebudak 2 orang nii .  Luluh gila hati bila suami sendiri nak bersama dengan orang lain bila kat syurga nanti . Faham tak ? Haha . Bunyik macam aku pulak yg frust lelebih kann . Tapi serious kut . Hmmm

So, ameklah pengajaran ye ...
Bercinta sebelum kahwin ni buatkan kita membanding-bandingkan antara pasangan kita yg sekarang dengan 'pasangan' kita yang dulu kita berjanji setia nak kahwin tapi akhirnya tak kahwin tu .To me perkahwinan is about kita nak hidup dengan dia sampai syurga , bukan setakat sampai mati je .sebab tu kena terima seadanyalah . Tapi faham ja bila dalam situasi sebenar kita akan jadi macam lain. Nak nak lagi bila pasangan kita tu bukanlah pilihan hati kita . cewahhh . Sebab tulah perlu adanya proses taaruf dan istikharah sebelum mendirikan baitmuslim tuu . haha .

Tolong faham ini bukan post sebab aku dah nak kahwin or so  what ever .. seriously bukan. Ni just sebab aku terlalu emosi dengan cerita tadi kut . Haha.
Rasa macam taknak publish pun ada jugak . Tapi takpelah anggap jelah yang post benda ni bukanlah insan yang bernama aimi . Anggap jelah yang blog aimi telah di-hack oleh alien. kbaiiiii :p
Macam mengarut je post ni kan tapi harapnya bermanfaatlah jugak . Harapnyalah .









Wednesday, June 4, 2014

20-an

Bismillah ....

Maka berumurlah aku 20 tahun pada 4 jun 2014 .
1994-2014 .
20 tahun .
Dah buat apa eh utk diri sendiri dan untuk ummah (?)
Sungguh aku tiada jawapan .
Untuk aku hitung pahala ....aku tidak pasti amal aku yang
mana yang Allah terima . Moga moga kesemuanya beroleh pahala .
Untuk aku hitung dosa-dosa, aku kira sudah terlalu banyak dan
tak sanggup untuk aku mengiranya . Moga moga aku beroleh keampunan dari-Nya.
Ya Allah ampunkan aku yang tidak berbuat apa apa .

Ya Allah pada umur 20 tahun dan seterusnya, jadikan aku ini orang yang selalu diampunkan
dosa-dosa . dan diberikan redha dan rahmat-Mu .
Untuk ibu dan ayah jazakumullah khairan kathiran kerana dah lahirkan dan besarkan aimi .
Ampunkan dosa anakmu ini .
Lastly azam aku meningkat umur 20-an ini nak kuat mujahadah lawan nafsu sendiri .
dan buang jahiliyah dalam diri . Mohon bantu aku yg lemah ini .

pemuda ,
ime.
irbid .


Tuesday, June 3, 2014

towards 20th

Bismillah ....

Dalam orang sibuk sibuk bina islam dalam diri individu ,
kita pulak sedikit demi sedikit menghakis islam yang ada dalam diri sama
ada secara sedar atau tidak . sama ada secara sengaja atau tidak sengaja .
Allah jadikan manusia bukan saja saja . bukan untuk sia-sia . tak !
Kita diberi nyawa , akal , rezeki , kehidupan ..bukan untuk disia-sia .
Ulang sekali lagi , bukan untuk disia-sia .
Tujuan penciptaan manusia itu untuk menjadi abid dan khalifah Dia .
Dengan umur yang kita punya ini gunakanlah ia sebaiknya .
Ramai orang yang telah mati menyesal dengan umur yang dia ada tapi tidak diguna
dengan sebaik-baiknya . Di kubur nanti kita seorang . Tiada sesiapa yang menemani .

Jika amalan di dunia kita soleh,insyaAllah dalam kubur kita akan tenang juga .
Jika amalan di dunia kita maksiat , maka semuanya akan sia-sia . Kubur kita gelap gelita .
Kerana pintu taubat Allah itu luas maka bersegeralah kamu memasukinya .
Sebelum kamu menyesal dan berkata ''alangkah baiknya sekiranya dahulu aku adalah tanah''.

Bersegeralah kamu kembali pada Tuhanmu . Sebelum nyawamu ditarik semula !
Bersegeralah pulang kepada Rabbmu sebelum umurmu sudah tiada !
Seruan peringatan jangan dipersia .Sahutlah ia !selagi pintu taubat masih terbuka.

Peringatan keras untuk diri sendiri .
Towards 20th .
Towards Ramadhan Mubarak .
Allahumma bariklana fi Syaaban
wa balighna Ramadhan .