Sunday, April 27, 2014

si tunggul yg ingin menjadi kayu bara

Bismillah ...

Aku yang selalu mendambakan hati baru .
Aku yang selalu inginkan semangat belajar ada padaku.
Aku yang selalu mahukan kecemerlangan dan kejayaan .
kerana aku tak punya semua itu .

Aku tak punya kerana aku ini malas .
kerana aku ini mudah putus asa .
sungguh bukan itu yang semua mahu .
bukan itu ! ya aku tahu .

dan kerana itu aku selalu pohon hati baru
semangat baru , untuk aku juga rasai kecemerlangan dan kejayaan itu.
iya ! aku juga mahu . siapa tidak mahu ?
yang tidak mahu itu, bukan aku.

tetapi usaha dan semangat aku ketika ini 
entah kemana ... 
aku tidak tahu .
aku juga mencari ..tapi sungguh belum ku temui.

takut untuk keluar dari zon selesa.
iya itu aku ketika ini .
takut untuk buat perubahan kerana aku sudah terbiasa dengan kehidupan begini.
pengecutnya aku . pengecut !

penat tempelak diri .
yang aku dapat hanya tempelakan.
tapi dengan tempelakan ini aku harap lebih .
aku harap dengan tempelakan ini aku dapat semangat dan hati baru .

ya...mungkin ini salah satu caranya .
aku cuba .
mohon doa dari semua . 
aku juga ingin berjaya .


si tunggul yg ingin menjadi kayu bara,
imezana ,
irbid ,
pagi .

No comments:

Post a Comment