Tuesday, April 30, 2013

jangan jauh ~

                                                                              ....السلام عليكم

Bismillahirrahmanirrahim....

Hati ini terlalu kotor
terlalu banyak titik-titik hitam
rasa nak hapuskan...
dan kita pun taubat ,
lalu diulang kembali dosa itu
taubat dan minta keampunan kembali
lama rasa tak buat dosa
rasa diri sudah baik
sudah lakukan banyak amalan
sudah rasa diri bagus
sudah solehah, tapi kita silap.
Amal kebaikan itu bukan hanya dilakukan
bila kita rasa kita sudah bagus sahaja ,
lalu ditinggalkan ia .
Kita silap besar !
Jangan kita ini , jauh dari Allah atas sebab kita dah rasa kita baik itu .
Untuk melakukan amal kebaikan
dan mengejar mardotillah itu bukan hanya bila kita sudah rasa diri baik ,
kemudian sudah selesai segalanya.
tapi apabila dia berjaya mati dalam keadaan baik dan
sempat mengucapkan syahadah .
dan pada masa itulah ..
baru benar masa rehat kita untuk selamanya ~

ustaz zaharuddin abd. rahman pesan :

Tatkala kamu dukacita, letih, kecewa, rasa gagal, insaf, merasa berdosa, bermuhasabah diri, INGATLAH ayat ini dan menangislah kepada Allah..Dia TIDAK LUPAKAN dirimu selagi kita tidak melupakanNya.


مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى 
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu, 
Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. 
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas lagi redha ( Ad-Duha : 3-5 )

Sunday, April 28, 2013

hilang kempunan.

Erti hidup pada memberi. Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah.


Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan manusia.

Tak semua orang dapat memuaskan hati kita , dan kita juga tak semestinya dapat memuaskan hati semua orang . 

Orang kata kalau kita ada terasa hati atau tak suka seseorang tu atau tak dapat nak berlapang dada dgn dia , tu maksudnya ada juga orang yg rasa benda yg sama dekat diri kita .

insyaAllah ..jom koreksi diri . jadi baik dan lebih baik . 

terima kasih Aqilah Ahmad .
terima kasih sbb dah layan kerenah ana yg manyak cengkadak ni ...
terima kasih sbb selalu ada bila aku perlukan kau ~
terharu ~ <3
nasi ambeng kita ^^,

Sunday, April 21, 2013

curik status pres .

                                                                        ....السلام عليكم

musim exam~

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"

Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"

"Belajar sungguh-sungguh!"

"Jaga hati!"

"Pakai topi keledar!''

Maka kata si guru,

"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.


credit to : pres EXITO 12/13

Saturday, April 13, 2013

zero ~

....السلام عليكم
Aku perlukan penawar . 
Disaat aku rasa sakit dan terjatuh ,
Aku perlukan seseorang utk membangunkan aku kembali .
Hati aku ini , hati yang berpenyakit .
Ada saja yang tak kena .
Kerana aku ini banyak dosa .Ya memang benar !
Dan aku juga perlukan seseorang 
yang selalu ada utk dijadikan sumber kekuatan 
Sebenarnya aku tau dia ada tapi
cuma aku yang LUPA .
Kerana dia adalah Dia yang tak pernah tinggalkan
aku walau sedetik pun .
Kerana aku pendosa moga harapan itu selalu ada .
Dakaplah aku , bimbinglah aku 
Agar aku juga bisa menjejakkan kaki ke syurga-Nya.

#Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku ,
maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat . Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku , maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(2:186)






Wednesday, April 10, 2013

Al Fatih kpd Daie

                                                                  ....السلام عليكم

FATIH SULTAN MEHMED




''peranan murabbi sgt besar dlm menjadikan org yang dididiknya berdiri teguh dalammedan 
dakwah dan tarbiyyah. sblm nk dakwah, kne lalui tarbiyyah dulu..dan dalam masa yg sama 
dakwah itu berjalan seiring dgn tarbiyyah. kalau tak silap, salah satu faktor keberkesanan
 tarbiyyah adalah murabbi mithali. Murabbi ni tahu sgalanya ttg anak didik dia..dr kelebihan smpi 
lah kelemahan anak didik dia. Tgk td, mcm mana cara syeikh Aq syamsuddin tegur al-fateh. 
mcm mne cara dia bangkitkan smula semangat al-fateh yg down wktu tu.
dan yg paling terkesan ttg peranan murabbi tu..sape sempat baca yg last2 tu. yg al-fateh 
tersinggung sbb syeikh aq shamsuddin 
tak bangun hormat dia atas sbb al-fateh da dpt kemenangan besar. pastu syeikh shmsuddin
 siap kata lg (klu x silap) "walaupun 
hari ini engkau telah berjaya mendpt kemenangan yg besar, biar lah aku terus mengingatkan 
kamu yg kmu ini masih hanya 
hamba Allah swt." betapa sungguh nye murabbi tu nak jaga iman anak didik dia..
wallahu a`alam'' -kak fatimah hanisah mohd arba'ai



''antara part yg paling menarik ialah part yg bagaimana kita merespon dgn takdir yg Allah dah
 tentukan utk kita . sebagai cnth ,apabila kita gagal dlm imtihan dan selepas dari gagal itu apa
 cara kita nk merespon balik dgn takdir tu , pertama sekali kite kene yakinkan diri yg  selepas ni
 kite takkan biarkan kegagalan tu menyapa kita kembali dan yakin yg Allah dah rancang sesuatu
 yg jauh lebih baik lagi utk kita . mula2 Allah saja nak beri peringatan kat kita yg belajar itu bukan 
mudah . belajar tu bukan namanya belajar tanpa penat lelah . samalah juga dgn dakwah , ramai 
pendakwah yg menemui pelbagai kegagalan dlm jalan dakwahnya , bukan lahir2 terus jadi org 
hebat . sbb apa dia boleh bangun balik slps gagal ? sbb dia tahu bagaimana nak merespon balik 
apa yg Allah dah takdirkan utk dia dgn respon yg sgt baik dan tak bersangka buruk pada Allah. 
sekian pendapat 1 qursh dari saya .wallahu a'lam'' -ime



*kat atas ni adalah antara respon dan ibrah yg menarik yg kita boleh ambil drpd kisah kehebatan

  kepemimpinan SULTAN MUHAMAD AL-FATIH .

*moga kita sama2 boleh ambil atau kaut hammasah Al-fatih dalam melakukan perobahan hidup !

ALLAHUAKBAR !




Monday, April 1, 2013

my Hero


                                                                         ....السلام عليكم




Ayah , my hero ever after <3

1 April . Ayah , selamat ulangtahun kelahiran . Bila dah jauh kat negara orang ni , aimi rasa hati aimi lagi dekat dgn family . Walaupun jauh , satu family kita tetap ada dalam hati aimi dan ada dlm setiap doa2 aimi . Terima kasih ayah dan ibu sebab dah hantar aimi belajar jauh2 walaupun aimi sebenarnya dah dapat tempat di universiti tempatan tapi ibu ayah hantar jugak aimi belajar kat Jordan ni sebab ibu kata orang yang belajar luar negara ni ilmu dan pengalaman yg dia dapat tu tak sama dgn orang yg belajar kat dalam negara . Aimi harap aimi dapat tunaikan hajat ibu ayah yg nak anak2 cemerlang dalam bidang agama . Maafkan semua dosa2 aimi selama ni tau ayah . doakan aimi jadi anak solehah dan anak yg boleh jadi aset utk ibu ayah di akhirat nanti . Terima kasih utk segala2nya . You are my Hero, Ayah . Salam sayang dan rindu dari anakmu yg berada jauh di Jordan ni , Aimi Syazana Bt. Amir Hassan 

#syahdu la pulak rasa . nangis ! :')

Rabbirhamhuma kama rabbayani soghira (Israa : 24)
''Ya rabbi anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hambaMu yang soleh'' 


(AnNaml : 19)