Wednesday, January 27, 2016

Tenanglah dikau disana.


Bismillah....

Hari rabu lepas Fatin pm tanya boleh tak dia & 3 orang lagi kawan tumpang rumah transit kejap satu malam je sebab gi jaulah jordan.
Lepas bincang dengan ahli rumah, semua orang pun kata okay je nak bagi tumpang. Satu malam je, no hal lah.Boleh sangat kalau nak tumpang.
Bila dorang sampai je masuk rumah,semua macam seronok jelah sambil pusing2 tengok keadaan rumah.
"Besarnya rumah kak aimi,luasnya, kemasnya..and bla bla bla "
Pastu malam tu sembang jelah sikit2, Fatin tanya macam mana study okay ke tak and etc.
Pagi tu sebelum dorang keluar rumah salam2 semua,Fatin macam beriye sangat ajak datang Mu'tah.
"Datanglah Mu'tah kak aimi" banyak kali dia ulang.Bersungguh sangat ajak. Kitorang pun balas inshaAllah jelah.
Rupanya, tu pelawaan dia yg terakhir.Tak terfikir langsung pun.
Semua yg accident pagi sabtu tu, semua yg tumpang tido kat rumah ni kecuali syabab tu je tak.
Yang Nailah tu memang senyap je dari awal sampai lagi,rupanya bila baca post orang lain,dia memang seorang yg pendiam.
Time salam salam pagi tu baru tanya nama dia siapa.
Hana pulak malam tu sibuk kat dapur dengan Fatin masak kan nasi untuk jaulah-mates dorang.Sembang sikit sikit. Hana kata kitorang kakak2 tahun 3 nilah yg kena uruskan adik2 and semua untuk jaulah ni. Nmpaklah dia macam seorang yg caring tu.
Tanya kat Hanis, dlm banyak2 rumah kenapa dia pilih nak tumpang rumah kita, pastu jawab sendiri sebab dia selesa kut kan dengan kite kan.Sebab tak rapat mana pun dengan Fatin ni.Tapi adik dan kawan-kawan dia rapatlah sebab batch-mate samtaj.
Rupenya,ada sesuatu yg terjadi selepas tu.Sekejap sangat rasanya. keluar pukul 6 pagi camtu..tghari esoknya dapat berita dorang accident pagi tu.
Alhamdulillah Allah bagi kesempatan menyantuni mereka,sebelum dorang pergi ke alam yang lain.
اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعفوا عنهم
Moga tenang dan damailah mereka disana.
Yang cedera,moga diberi kesembuhan dan kesihatan seperti sediakala.
Takziah buat semua ahli keluarga mangsa kemalangan.
Kejadian berlaku pada tarikh 23/1/2016.


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di dan tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman 
Al-Fatihah 
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين