Saturday, May 31, 2014

Kau tau tak (?)

Bismillah ....

''Kau tau tak yang manusia tu ada kelebihan dan kekurangan dia masing- masing ?''
''Ha ? Apa ? Tak faham lah .''
''Contohnya camni , bayangkan kau ada sorang kawan yang mana dia ni seriously tak pandai baca map , tak pandai bagi direction jalan dan lagi satu dia sangat susah hafal jalan . walaupun dia dah lalu jalan tu hampir 6 tahun sekalipun . kau faham tak ? dia tetap tak ingat . kau rasa , dia ni orang yang jenis macam mana ?''
''Eiiii, awatlah yang teruk sangat tu...dah lalu 6 tahun kut .Aku menyampah tau kat orang yang lagu ni .''

''Tapi dia ni ada jugak kelebihan sebenarnya, dia ni baik hati , pemurah dan seorang pendengar yg baik and so on lah . banyak je kelebihan lain yang dia ada . Kalau kau nak share masalah ke , kau nak minta tolong pape ke ..in shaa Allah ..dia ni memang akan tolong kau . Em , kau rasa ..orang yang macam ni ..macam mana ? ''
''Oh, tapi aku tetap tak boleh terimalah dengan orang yang tak hafal jalan ni . what such a loser ?
Aku memang tak boleh nak terima orang yang lagu ni .''

''Em cuba kau tengok kertas kosong yang aku pegang ni ...kau ada nampak apa-apa tak kat sini ?''
''Oh , tu ..aku nampak ! ada...kesan macam kotoq sikit kat bahagian tengah kertas tu .''
''MasyaAllah , tajamnya mata kau . Cepat je kau detect kan . kau rasa kertas ni boleh digunakan lagi tak ?''
''Awat tak bolehnya , ada sikit ja kotoq ..boleh lagi aih kalau nak guna .''

''Hah , thats what i'm gonna tell you ! Kau dapat tak ni ? Cuba kau bayangkan eh ..
orang tadi tu , dia punya kelemahan yang tak hafal jalan tu , just satu tu je. sikit je kan. Banyak lagi kelebihan yang dia ada . Samalah macam kertas ni .Kenapa kita mesti nak nampak kelemahan dia yang satu tu dan meminggirkan kelebihan-kelebihan yang dia ada . Cuba kita alihkan fokus kita daripada yang negatif ke positif . kita tak boleh nak pandang orang dari sudut buruk dia jaa . Dia ada banyak kelebihan yang lain lagi kut . jangan sebab satu je kelemahan dia ..kita terus pukul rata yang dia ni tak guna , tak boleh bagi manfaat kat orang lain . you got it ? Sama macam kertas ni . Kita still boleh guna dia lagi .''

''Woah....betul jugak kan . Tak baiknya aku dok taboh dia lagu tu . aku dok kata dia teruk sampai aku lupa yang dia juga boleh jaa bagi orang something . Aku faham dah apa yang hang nak sampaikan kat aku tu .
Pasni aku akan try tak pandang orang dari satu sudut jaa . Thanks dude ! ''

*Senyum senget*
Baguslah kalau kau faham apa yang aku cuba sampaikan ni .


Monday, May 26, 2014

Tenang .

Bismillah ...
Tenang .
just one word . 
yang punyai pelbagai definisi ikut individu maybe.
tenang tu bagi aku ....bukan duduk melongo tak buat ape .
itu bukan tenang .
tenang tu ..bukan kau boleh tidur berhibernasi macam beruang . bukan.
tenang tu ..bukan jugak bila kau dapat jalan-jalan pusing satu irbid . bukan .
tenang tu ..bukan kau dapat makan makan sampai kembung perut 
dan rasa makanan dah tinggi sampai ke paras tekak . bukan.
bagi aku tenang yg sebenar adalah kita dapat berlapang dada dgn orang dan diri sendiri .
dan tenang dgn sentiasa mengingati Tuhan .  Simple . Tenang . 
yeah . that it is ! Tenang . 

Aku yang nak kan ketenangan ketika hati tidak tenang .
Lapang dada . Ingat Tuhan , Allah :)