Saturday, August 23, 2014

sepi di halaman rindu

Bismillah......
pic from my own.
Kerana darimu aku belajar tentang Tuhan.-suaracerita
——————————————————————————————————————-
Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba ada hard feeling dengan negara ini untuk ketika ini . Tapi ramai yg seperti tidak mengizinkan untuk aku kembali ke sini lagi. Aku tak kesah . yang penting ibu ayah merestui dan mengizinkan aku untuk menziarahi negara ini kembali . Ardu kinanah . Bumi Musa dan Firaun . Dalam diam, rupanya aku merindui tanah itu .
Serius aku tak tahu . Mungkin ada sesuatu . 
Ya..aku tak tahu . Yg aku percaya, pasti ada hikmah lain yg bakal aku dapat walaupun aku sudah pernah sampai dibumi yg aku rasakan bertahun kebelakang ini . Maaf jika aku keterlaluan menghukumi bumi itu. 
Sambutlah salamku dari kejauhan.
Aku yang sepi di halaman rindu.

imezana.
irbid,jordan.

Friday, August 8, 2014

Aku cuba.

Bismillah ....

Bila dah ada gap dihati ...
nak bercakap dari mata ke mata pun payah .
boleh faham tak perasaan tu ?
Bila kita pandang dia , kita rasa cepat2 nak melarikan mata dari
memandang mata dia .

Ya Allah kuatkanlah kembali ikatan hati-hati kami
yg telah berjanji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu.

Doa rabitah juga aku gandakan bacaannya dari hari ke hari .
Mengharapkan agar hati-hati kita bersatu kembali .
Walaupun terkadang aku lupa utk mengalunkannya , tapi
tiap detik aku mengharap yg hati-hati kita bersatu semula .

Kalau aku rasa , Aku pasti kau juga rasa.
Aku harap kau pun cuba utk hapuskan jurang antara kita .
Aku tak suka perasaan yang seperti ini .
Aku juga hidup tak selesa , hati tak tenang .

Tapi aku rasa ada hikmah disebalik ini .
Aku dapat rasa yg hati aku mungkin jauh dari Rabb-Ku .
Mungkin sebab ini kau juga menjauh dari aku .
Sungguh aku akan cuba .
Aku akan cuba perbaiki tali aku dgn Allah .
dan tali aku dgn kau .

Kau boleh acuhkan diriku dan anggap ku tak ada .
Tapi aku akan cuba utk tak mengubah perasaanku terhadapmu .
Aku cuba .
Orang kata bila kita settle dgn sang Pencipta ,
kita juga akan settle dgn semua makhluk yg Dia cipta .
Aku cuba .

Sunday, August 3, 2014

im still alive.

Bismillah...

"Hati-hati menjaga hati,
Jangan sampai mati."

Ada satu word yg aku tak suka dengar bila aku hidup
kat sini . P*****.
Kau boleh faham tak ? Bukan senang utk get in dgn orang ni tau.
ya..mungkin aku je yg susah . 

("Kita yang letih jadi baik sebab hati kita belum bersih lagi. Ada karat lagi tu. Jangan putus asa jadi baik sampai baik tu keluar sendiri dari kita tanpa kita sedar pun,")

Tiba-tiba terbaca status someone ni ...hmmm.
Mungkin betul . Hati aku yg kotor . Hati aku yang tak bersih sebab tu aku yg susah nak jaga hati .Hati sendiri pun tak pandai jaga . orang kata ada 1 tips utk mende camni , "Do things expect nothing in return".

Maybe ini yang aku kena cuba belajar sekarang ni . Kena didik hati .
Betul sangat ..jangan harap pada orang . jangan bergantung pada orang . Sebab orang ni makhluk .
sifatnya tak kekal . Dia boleh datang . dia juga boleh pergi . Bila-bila masa . Bila-bila masa .
Dalam sedar atau tak . dia memang boleh pergi . Kadang-kadang macam tu je .

Cuba tau Aimi . Kita kene belajar kuat utk diri sendiri !
Hadam nii molek , "Do things expect nothing in return".
Selamatlah semuanya ~

Orang yg betul kenal aku je yang akan tahu bila aku update blog tu maksudnya aku apa .
Whats behind me . InsyaAllah aku okay lagi . Ini Aimi laaa . Im still alive.
*angkat kening sikit .

Baiiiii . Salam . Harap boleh tidur dengan tenang .

"Hati untuk Allah . Hati milik Allah . Dia Yang Maha Punya .
Hati untuk Allah . Hati milik Allah . Dia Yang Maha Kuasa."