Saturday, March 22, 2014

kecewa

Bismillahirrahmanirrahim.......
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا 
وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ ١٧9)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (179)
[7:179]

Tika ini aku hanya mampu menangis dalam hati.
Teringat akan kebodohan diri,
yg tak guna nikmat yg diberi .
Asyik menyesatkan diri sendiri,
hingga lupa tujuan dihidupkan dibumi.
Malamku berjaga, aku rasa aku...
sudah banyak usaha.
tapi aku silap !
kerana itu semua hanya sebesar habuk saja.
Aku pendosa yang lupa .
Lupa sabar dan syukur itu apa.
Sudah banyak disebutkan dalam kitab-Nya
cuma aku yg berlagak ,
bagaikan dah tahu semua perkara .
Padahal aku ni tak punya apa.
yang  ada , cuma angan2 yang tiada usaha .
Oh Tuhan mohon 'peluk ' aku dalam dakapan-Mu
Jgn kau tinggalkan aku sendiri.
Kerana aku pendosa ,
kau berilah aku kesempatan untuk aku 
gunakan peluang yg kau beri utk aku perbaiki segalanya .
Mohon bantu aku yg lemah tidak punya apa.
Mohon ingatkan aku yang aku ini cuma hamba.
Hamba pada-Mu , Tuhan Yang Esa.

imeamir.
22 mac.
irbid.